Sokongan
“Balik Pangkal Jalan” – The harm of conversion practices.
Support
Direktori Perkhidmatan untuk golongan LGBTIQ+ dan pelbagai gender di Malaysia
Direktori perkhidmatan ini merangkumi senarai pelbagai perkhidmatan yang memberi kesahan identiti LGBT untuk golongan lesbian, gay, transgender, interseks, queer dan pelbagai gender. Perkhidmatan ini termasuk
- ⚖️ sokongan perundangan,
- 🏥 perkhidmatan kesihatan,
- 🫂 kumpulan sokongan,
- 🛠️ pembinaan komuniti dan pembinaan kemahiran.
🔎 Tidak dapat mencari perkhidmatan yang anda perlukan?
Disebabkan oleh kebimbangan terhadap keselamatan, tidak semua perkhidmatan ditunjukkan dalam senarai ini (senarai awam). Jika anda mahu mengakses atau bertanya tentang jenis perkhidmatan lain (senarai peribadi), sila hubungi kami melalui e-mel ini: seedeu@seedfoundation.com.my.
⚠️ KECEMASAN
Sila ambil perhatian bahawa perkhidmatan yang disenaraikan dalam direktori ini mungkin tidak mempunyai kapasiti untuk memberi respons terhadap krisis atau situasi yang mendesak. Jika anda sedang berhadapan dengan situasi kecemasan, sila pertimbangkan untuk menghubungi talian penting yang berikut. Sila ambil perhatian juga bahawa beberapa operator talian penting ini mungkin tidak dapat memahami keperluan unik anda sepenuhnya sebagai individu lesbian, gay, biseksual, queer, trans, interseks dan/atau pelbagai gender, dan anda mungkin perlu bersabar dalam berurusan dengan operator ini.
- Women’s Aid Organisation (WAO) untuk situasi keganasan domestik.
- All Women’s Action Society (AWAM) untuk kaunseling tentang situasi keganasan berasaskan gender.
- Befrienders untuk situasi keinginan untuk membunuh diri yang aktif.
Life Line Associations untuk situasi keinginan untuk membunuh diri yang aktif.
🫂 Kumpulan LGBTIQ
🫂 Perkhidmatan Kesihatan dan Klinik yang Merangkum LGBTIQ
TENTANG KAMI
Direktori perkhidmatan ini disusun dan diuruskan secara kolektif oleh SEED, Justice For Sisters, Kemban Kolektif dan PLUHO. Direktori ini merupakan inisiatif komuniti yang berterusan untuk meningkatkan akses kepada perkhidmatan yang memberi kesahan identiti LGBTIQ atau merangkum LGBTIQ di Malaysia. Jika anda ingin disenaraikan sebagai salah satu penyedia perkhidmatan, sila isi borang ini.
