Tentang Kami
About Us
Justice for Sisters ialah sebuah kumpulan hak asasi manusia LGBTIQ dan pelbagai gender di Malaysia
Visi
Pembebasan untuk golongan LGBTIQ dan pelbagai gender di Malaysia dari semua bentuk penindasan
Misi
Reformasi perundangan secara menyeluruh untuk golongan LGBTIQ di Malaysia
Kisah Kami
Pemulaan
Pada tahun 2010, semasa kami menjalankan sebuah kajian dan bengkel, kami bertemu dengan seorang wanita trans dari Negeri Sembilan. Beliau berkongsi tentang masalah perundangan yang dihadapinya, kerana beliau telah ditahan buat kali ketiga disebabkan oleh identiti gendernya di bawah undang-undang jenayah syariah negeri – iaitu Seksyen 66. Beliau berasa bimbang akan dipenjarakan, setelah kawannya yang baru sahaja ditangkap di bawah undang-undang yang sama dikenakan hukuman penjara.
Mencari Jalan Penyelesaian
Kami berunding dengan peguam yang mencadangkan semakan perlembagaan terhadap undang-undang negeri tersebut…tetapi kami memerlukan dana untuk menyokong kes tersebut. Kami mencari ilham bagi sebuah kempen untuk meraih sokongan yang lebih luas
Kelahiran Justice for Sisters
Kempen, ‘Justice for Sisters’ dilancarkan melalui sebuah acara awam di Annexe Gallery.
Perjalanan Perundangan yang Panjang
Antara tahun 2010 dan 2015, kami mengharungi pelbagai peringkat mahkamah di Malaysia. Pada tahun 2014, Mahkamah Rayuan mengisytiharkan bahawa Seksyen 66 tidak selaras dengan perlembagaan. Ini satu kejayaan yang penting.
Halangan
Walau bagaimanapun, pada tahun berikutnya, Mahkamah Persekutuan telah membatalkan keputusan tersebut pada tahun 2015.
Proses Advokasi dan Sokongan Komuniti
Sepanjang proses perundangan tersebut, kami telah bersama komuniti untuk membina pengetahuan dan keselamatan kolektif. Kami telah melibatkan diri dalam usaha advokasi dan kajian, meningkatkan kesedaran, keterlihatan dan pemahaman tentang diskriminasi yang dihadapi wanita trans di Malaysia.
Usaha Kami Sekarang
Pemantauan dan dokumentasi
Pemantauan dan dokumentasi situasi hak asasi manusia golongan LGBTIQ dan pelbagai gender
Usaha reformasi perundangan
Melibatkan diri dalam usaha reformasi perundangan melalui litigasi strategik, proses-proses Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu serta usaha advokasi lain
Pembinaan bukti
Membina bukti dan pengetahuan berkenaan pengalaman hidup golongan LGBTIQ dan pelbagai gender di Malaysia
Meningkatkan kesedaran
Meningkatkan kesedaran tentang pelanggaran hak asasi manusia terhadap golongan LGBTIQ dan pelbagai gender di Malaysia
Pembinaan gerakan
Memperkukuh gerakan LGBTIQ dan pelbagai gender di Malaysia
Sertai perjuangan kami
Peluang
Sertai kami sebagai pekerja dan pelatih amali (tertakluk kepada ketersediaan dana) untuk membawa perubahan. Peluang pekerjaan akan dikemas kini di sini.
ketahui lebih lanjutBina Hubungan bersama Kumpulan Lain
Kami adalah sebahagian daripada rangkaian kumpulan hak asasi manusia di Malaysia. Kenali mereka
Bina jaringan