Perubahan bermula dengan kisah anda.

Perubahan bermula dengan kisah anda.

{pods_resources_highlights}
Resources
/Announcements/
Perubahan bermula dengan kisah anda.
October 23, 2025

No journey is perfect, but every step together towards acceptance is made with love. 

Tiada perjalanan yang sempurna, namun setiap langkah bersama menuju penerimaan itu disemai dengan kasih. 

Oleh itu, kami menjemput ibu bapa, adik-beradik, sepupu, dan saudara-mara untuk berkongsi kisah penerimaan terhadap ahli keluarga LGBTIQ+ dan pelbagai gender. 

Kisah anda mampu menyentuh hati, mencetus perubahan, dan membuktikan kepada seluruh Malaysia bahawa kasih sejati tidak mengenal syarat. 

Tentang Kempen Ini

Kempen ini meraikan kisah-kisah keluarga yang memilih kasih sayang berbanding ketakutan, dan kebaikan berbanding peminggiran.

Ada keluarga yang pernah melalui luka dan perpisahan, namun akhirnya menemukan jalan kembali antara satu sama lain. Ada juga keluarga yang sejak awal telah menerima dan memeluk insan tersayang mereka dengan penuh kasih dan kebanggaan.

Semua kisah tentang kasih, tanggungjawab, kegembiraan, dan keberanian menunjukkan bahawa kasih sayang sentiasa kekal.

Kempen ini akan dijalankan terutamanya dalam Bahasa Malaysia, dengan kisah-kisah turut dikongsikan dalam Bahasa Tamil, Mandarin, dan Inggeris.

Mengapa Kami Melakukannya

Kita sering mendengar kisah tentang diskriminasi terhadap individu LGBTIQ+ dan pelbagai gender di Malaysia. Ada seruan untuk menghukum, menggubal undang-undang yang menindas, dan menolak mereka ke pinggiran masyarakat. Namun, kisah-kisah ini tidak menggambarkan keseluruhan realiti. 

Di seluruh Malaysia, ada keluarga yang memilih kasih berbanding ketakutan. Ibu bapa, adik-beradik, dan saudara-mara berdiri teguh melindungi serta menyokong insan yang disayangi.

Kisah-kisah ini wajar diketengahkan kerana ia mengingatkan kita bahawa kita masih keluarga, dan kita masih bangga.

Cara Untuk Menyertai 

  1. Isi borang penyertaan — kongsikan kisah anda, ahli keluarga yang ingin anda tampilkan bersama, serta cara anda ingin berkongsi kisah tersebut (foto, video, tulisan dan sebagainya).
  2. Kami akan menghubungi anda — pasukan kami akan meneliti maklum balas anda dan menjadualkan panggilan untuk mengenali kisah anda dengan lebih lanjut serta berbincang tentang cara terbaik untuk mengetengahkan kisah tersebut.

Soalan Lazim FAQ 

Perlu ke saya libatkan ibu bapa, saudara atau adik-beradik?
YA! Kami memang mencari pelbagai kisah daripada semua ahli keluarga — ibu bapa, adik-beradik, sepupu, makcik, pakcik, datuk, nenek, dan lain-lain.

Adakah hanya keluarga warganegara Malaysia yang dibenarkan menyertai?
Kami mengalu-alukan cerita daripada semua warganegara (dan juga tanpa warganegara) yang menetap di Malaysia, serta warganegara Malaysia yang tinggal di luar negara.

Untuk maklumat lanjut, emel kami di research@justiceforsisters.org

That’s why we’re inviting parents, siblings, cousins, and all family members to share their stories of love and acceptance for their LGBTIQ+ and gender-diverse loved ones. 

Your story has the power to touch hearts, change lives, and show Malaysia that love is truly unconditional. 

About the Campaign

This campaign celebrates stories of families who choose compassion over fear, and kindness over silence. 

Some families have walked through heartbreak and found their way back to each other. Others have always embraced their loved ones with warmth and pride. All of these stories of joy, care, responsibility, and courage show that love endures. 

The campaign will primarily be in Bahasa Malaysia, with stories also told in Tamil, Mandarin, and English. 

Why We’re Doing This

We often hear stories of discrimination faced by LGBTIQ+ and gender-diverse people in Malaysia. There are calls for punishment, discriminatory laws, and exclusion. But these stories don’t show the full picture. 

Across Malaysia, families are choosing love. Parents, siblings, and relatives are protecting and standing by their loved ones. These stories deserve to be seen and heard because they remind us that we are still family, we are still proud

How You Can Take Part 

  1. Fill out this form — tell us your story, the family member(s) you’d like to feature, and how you’d like to share it (photo, video, writing, etc.).
  2. We’ll get in touch — our team will review your responses and schedule a call to learn more and discuss how best to feature your story.  

FAQs 

Do I need to include my parents, relatives, or siblings? 
YES! We’re looking for stories from all kinds of family members — parents, siblings, cousins, aunties, uncles, grandparents, and more. 

Are only Malaysian families allowed to participate? 
We welcome stories from families of all (or no) nationalities living in Malaysia and Malaysians living abroad. 

For more information, email us at research@justiceforsisters.org