Keperluan segera untuk Meningkatkan Piawaian Pelaporan Bernama berkenaan individu transgender

Media Statement:

Urgent need to raise Bernama’s transgender reporting standards

Media Statement:

Urgent need to raise Bernama’s transgender reporting standards

{pods_resources_highlights}
Resources
/Media Analysis/
Keperluan segera untuk Meningkatkan Piawaian Pelaporan Bernama berkenaan individu transgender

Discrimination and Violence

July 22, 2024

Justice for Sisters (JFS) mengambil perhatian mendalam tentang isu misgendering, penggunaan istilah diskriminatif untuk menggambarkan wanita transgender, pelanggaran privasi, dan amalan diskriminasi lain berkaitan pelaporan berita transgender oleh Bernama, agensi berita nasional Malaysia.


Dalam bulan Julai sahaja, Bernama melaporkan dua berita berkaitan wanita transgender dalam bahasa Inggeris dan BM. Dalam kedua-dua laporan tersebut, Bernama menggunakan

  • istilah pejoratif seperti ‘pondan’ dan 
  • kata ganti nama gender yang salah (misgendering) wanita tersebut dengan menggunakan istilah seperti ‘lelaki berperwatakan perempuan’, ‘transvestite’, and ‘male persons’. 
  • mendedahkan nama mereka berdasarkan dokumen rasmi, yang melanggar privasi.

Sebagai sumber utama bagi kebanyakan berita media di Malaysia, standard media yang lemah oleh Bernama memberikan kesan berganda kepada pelaporan oleh media lain, yang secara umumnya sudah mempunyai standard pelaporan LGBTIQ yang lemah.

Kedua-dua laporan tersebut diterbitkan semula tanpa pembetulan di sekurang-kurangnya 10 media berbahasa Melayu dan 3 media berbahasa Inggeris, dimana ianya mengulangi stigma dan diskriminasi terhadap wanita transgender.

Justice for Sisters menegaskan bahawa wanita transgender adalah wanita. Penggunaan kata ganti nama gender yang salah (misgendering) dan nama berdasarkan dokumen rasmi individu trans menafikan hak mereka kepada identiti, penentuan nasib sendiri, kesaksamaan, tidak didiskriminasi, serta privasi.

Walaupun kerajaan Malaysia masih mengekalkan undang-undang yang bersifat diskriminatif bagi golongan transgender dan masih belum mengiktiraf identiti gender golongan transgender, pihak media mestilah mengelak daripada mengulang diskriminasi terhadap golongan transgender.

Sebaliknya, memandangkan keseriusan penularan transfobia dan penafian terhadap identiti golongan trans di Malaysia, media berperanan penting dalam, atara lain, mendidik masyarakat berkenaan penggunaan istilah yang tepat dan terhormat bagi golongan trans.

Penyelidikan menunjukkan bahawa penggunaan kata ganti nama, nama, dan identiti gender yang tepat bagi golongan trans dan pelbagai gender lain membantu dalam menyelamatkan nyawa, meningkatkan kepercayaan, mempromosikan kesejahteraan, dan mencegah isu kesihatan mental, seperti kemurungan dan idea bunuh diri, serta lain-lain.

Penyelidikan pada tahun 2022 mengenai golongan LGBTQ di Malaysia menunjukkan bahawa isu kesihatan mental (termasuk kemurungan dan idea bunuh diri) adalah dua kali ganda lebih tinggi dalam kalangan populasi LGBTQ berbanding dengan populasi umum.

Kajian pada tahun 2021 menunjukkan bahawa media memainkan peranan penting dalam meningkatkan permusuhan dan diskriminasi terhadap golongan LGBTIQ. Sebanyak 55% daripada 220 peserta kajian LGBTQ melaporkan bahawa mereka mengalami peningkatan tekanan mental akibat sensasi media. Sementara itu, 59% melaporkan mengalami satu atau lebih bentuk diskriminasi.

Sebagai agensi berita nasional, Bernama mestilah mematuhi standard dan etika  tertinggi, termasuklah menghormati maruah seseorang yang dinamakan dan/atau digambarkan dalam laporan mereka. Semua saluran media mempunyai tanggungjawab untuk menjaga maruah golongan transgender serta semua golongan LGBTIQ dan pelbagai gender.

Bahasa Terhormat Bagi Golongan Trans 

Elak istilah yang pejoratif, mendiskriminasi, dan lapuk dalam melaporkan berita yang melibatkan golongan transgender.

Istilah Tepat yang Boleh Digunakan

  • Transgender person or trans person 
  • Transgender woman or trans woman 
  • Perempuan trans/transgender 
  • Wanita trans/transgender 
  • Individu trans

Istilah yang Mesti Dielakkan

  • ‘Lelaki perwatakan wanita’
  • pondan
  • transvestite