Kuiz

Jalani kuiz berikut untuk mengetahui seberapa banyak yang anda tahu tentang amalan pengubahan.

Results

Terima kasih kerana telah melengkapkan kuiz ini.

Jika anda ingin untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang amalan pengubahan di Malaysia, sila lihat “Gambaran Keseluruhan”, “Situasi di Malaysia” dan “Bahan Rujukan”.



Terima kasih kerana telah melengkapkan kuiz ini.

Jika anda ingin untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang amalan pengubahan di Malaysia, sila lihat “Gambaran Keseluruhan”, “Situasi di Malaysia” dan “Bahan Rujukan”.

#1. Bolehkah orientasi seksual, identiti gender, atau ekspresi gender (SOGIE) golongan LGBTQ+ dibetulkan atau diubah?

Nampaknya jawapan itu tidak betul. Tiada bukti yang menunjukkan bahawa SOGIE seseorang boleh dibetulkan atau diubah melalui amalan pengubahan. Amalan pengubahan boleh mengakibatkan kemudaratan psikologi dan fizikal jangka masa panjang. Mengubah atau membetulkan SOGIE seseorang juga melanggar hak mereka untuk bebas berekspresi, intergriti peribadi dan autonomi tubuh badan, serta hak untuk kesihatan seksual dan reproduktif.



Seterusnya

#2. Adakah kaedah berasaskan keagamaan dan kerohanian satu-satunya jenis amalan pengubahan?

Tidak betul. Selain dari kaedah beraskan keagamaan dan kerohanian, terdapat juga kaedah perubatan yang berdasarkan kepercayaan bahawa kepelbagaian seksual atau gender adalah disebabkan oleh disfungsi biologi yang wujud dan pendekatan psikoterapi yang berdasarkan kepercayaan bahawa kepelbagaian seksual dan gender adalah hasil dari didikan atau pengalaman yang tidak normal, menekankan kepada pengalaman lampau semasa kecil serta peranan susuk keibubapaan mereka pada ketika itu. Amalan pengubahan di Malaysia secara lazimnya menggunakan gabungan ketiga-tiga pendekatan.



Seterusnya

#3. Adakah badan-badan kerajaan Malaysia menjalankan program terapi pengubahan?

Tidak betul. Kerajaan Malaysia menjalankan pelbagai program dan aktiviti pengubahan di peringkat kebangsaan dan negeri melalui Kementerian Hal Ehwal Agama, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Jabatan Agama Islam negeri (cth. JAIS), dan Kementerian Kesihatan. Ini boleh terdiri daripada program sokongan dan bimbingan seperti program Mukhayyam oleh JAKIM kepada penerbitan bahan-bahan rujukan yang bertujuan untuk memulihkan golongan LGBTQ seperti aplikasi ‘Panduan Hijrah Diri’.



Seterusnya

#4. Bolehkah golongan LGBTQ+ menyertai amalan “terapi pengubahan” secara sukarela?

Jawapan anda tidak betul. Sesetengah orang mungkin mencari dan mungkin dilihat sebagai menjalani amalan pengubahan “secara sukarela”. Tetapi adalah tidak mungkin untuk membenarkan amalan pengubahan secara yang bebas dan termaklum. Golongan LGBTQ adalah lebih terdedah kepada amalan ini disebabkan oleh tahap stigma yang tinggi. Sebagai contoh, tekanan masyarakat yang meluas untuk mengubah SOGIE mereka agar lebih sesuai atau untuk berasimilasi ke dalam struktur heteronormatif masyarakat.



Seterusnya

#5. Adakah semua individu LGBTQ+ sama-sama terdedah kepada amalan pengubahan?

Itu tidak betul. Tidak semua orang sama-sama terdedah dan terkesan dengan amalan pengubahan dalam cara yang sama. Kanak-kanak dan anak muda LGBTQ , individu LGBTQ yang hidup dengan HIV, warga emas serta banduan, adalah golongan yang lebih berisiko untuk terjejas secara tidak seimbang oleh amalan pengubahan.



Finish