Sokongan

Hubungi dan bina hubungan dengan komuniti-komuniti untuk membina diri anda dan mengubah pengalaman anda ke arah yang lebih baik. Ingat, anda tidak bersendirian dan sokongan tersedia untuk anda.

Hubungi untuk Bantuan

Jika anda memerlukan perkhidmatan sokongan LGBTQ+ yang memberi kesahan, dan mempunyai pengalaman atau sedang melalui amalan pengubahan, lihat direktori ini dan hubungi kumpulan-kumpulan tersebut untuk mendapatkan sokongan. Jika perkhidmatan yang anda cari tidak disenaraikan di sini, anda juga boleh menghubungi kami melalui borang ini. 

Untuk maklum balas atau respons yang segera, sila hubungi kumpulan-kumpulan berikut melalui platform media sosial mereka.

Laporkan Aduan

Walaupun terdapat undang-undang yang menentang golongan LGBTQ+ di Malaysia dan pemulihan LGBT sedang dipromosikan secara aktif oleh pihak kerajaan, terdapat beberapa undang-undang sedia ada yang boleh memberikan beberapa perlindungan dan tuntutan keadilan terhadap amalan pengubahan dan amalan tidak beretika.

Penyedia perkhidmatan perubatan, pada waktu yang sama, adalah terikat dengan kod etika mereka. Mereka mempunyai kewajipan untuk tidak menyebabkan kemudaratan dan bertanggungjawab untuk menjaga kepentingan pesakit mereka.

Jika anda pernah mengalami pengalaman atau telah dicadangkan amalan pengubahan, anda boleh melaporkan aduan kepada badan-badan berikut.

Bagi sesetengah kes, anda mungkin memerlukan sokongan tambahan dari kumpulan hak asasi manusia untuk melaporkan aduan. Jika anda memerlukan sokongan kami atau meneroka idea untuk membuat aduan, sila hubungi kami melalui borang ini.

Kongsi Pengalaman Anda

Pengalaman anda boleh memberi kesan transformatif terhadap undang-undang, dasar dan kehidupan ramai orang. Jika anda terbuka untuk berkongsi pengalaman anda menjalani dan mengatasi amalan pengubahan, anda boleh kongsikan melalui borang ini.