Kit Kempen

Panduan untuk Balik Pangkal Jalan ialah sebuah kit kempen yang telah direka untuk memperkasakan anda dengan panduan dan sokongan yang diperlukan bagi meningkatkan kesedaran berkenaan kemudaratan amalan pengubahan yang ditujukan kepada golongan LGBTIQ+ serta pelbagai gender. Anda boleh mengunakan kit ini dalam pelbagai konteks – sama ada di sekolah anda, tempat kerja, atau secara mudahnya untuk berkongsi maklumat dengan keluarga dan rakan anda.

Kami percaya dengan kuasa komuniti dan kami teruja kerana anda berada di sini untuk menjadi sebahagian daripada perubahan yang anda ingin lihat. Dalam kit ini, kami menyediakan idea dan tindakan untuk meningkatkan kesedaran tentang isu ini.

Bersama-sama, mari kita menyumbang kepada pembinaan Malaysia yang tinggi belas kasihan dan lebih inklusif. Apa yang perlu diubah sebenarnya adalah adalah undang-undang yang mendiskriminasi dan memudaratkan, bukannya golongan LGBTIQ+ serta pelbagai gender!

Klik untuk muat turun kit kempen