Situasi di Malaysia

Apakah Istilah Yang Digunakan Untuk Amalan Pengubahan Di Malaysia?

Amalan pengubahan di Malaysia dirujuk sebagai dan berselindung di sebalik:

  • rawatan dan pemulihan kecelaruan gender

  • pemulihan, bimbingan, dan sokongan

  • kembali ke pangkal jalan atau kembali ke fitrah

  • hijrah (bekas LGBT atau proses peralihan kepada sesuatu yang ‘lebih baik’)

Apa Yang Membuatkan Golongan LGBTIQ+ Mudah Terdedah Kepada Amalan Pengubahan?

Golongan LGBTIQ+ mudah terdedah kepada amalan pengubahan oleh kerana tahap stigmatisasi dan keterpinggiran yang ketara. Dalam konteks sedemikian, tiada kemungkinan untuk memberi izin kepada amalan pengubahan dalam tingkah laku yang bebas dan termaklum.

Tekanan yang besar untuk berubah
Tekanan masyarakat untuk berubah atau ‘kembali ke pangkal jalan’ boleh lebih mempengaruhi seseorang untuk berpaling ke amalan ini untuk mengelakkan pengasingan oleh keluarga, rakan kerja, teman hubungan rapat, majikan, kawan, atau orang asing. Tekanan ini selalunya dalam bentuk nasihat tanpa diminta, tekanan untuk berkahwin, rasa tidak setuju, serta tindakan memutuskan sokongan kewangan dan sokongan emosi. Merujuk kepada sebuah tinjauan pada tahun 2023, 103 dari 156 (66%) responden LGBTIQ menyatakan bahawa mereka menghadapi tekanan untuk mengubah SOGIE mereka sepanjang hidup mereka; 11 (7.1%) yang lain mengatakan ‘Mungkin’. Akibat dari tekanan untuk mengubah SOGIE,

  • 45.5% berhadapan peningkatan stres, keresahan, pengasingan, dan bentuk beban yang lain terhadap kesihatan mental;
  • 36.6% berasa tiada motivasi dan hilang minat terhadap sekolah, kerja, aktiviti keluarga, aktiviti sosial dan lain-lain;
  • 32.5% mengalami pembentukan idea dan percubaan bunuh diri; dan
  • 4.9% berhenti dari sekolah

Tiada akses kepada maklumat SOGIESC
Maklumat sedia ada tentang orientasi seksual, identiti gender, ekspresi gender, dan ciri-ciri jantina (SOGIESC) oleh agensi kerajaan banyak tertumpu kepada pemulihan golongan LGBTIQ+, kesan menyimpang dari norma ditambah pula dengan kutukan oleh pelbagai kepercayaan agama. Hal ini menambah konflik dalaman kepada golongan LGBTIQ+ tentang identiti mereka, mengakibatkan kurang rasa penerimaan diri dan keyakinan diri, serta transfobia, homofobia, dan bifobia terbatin.

Rasa bersalah, menyalahkan, dan malu terbatin

Perasaan bersalah, menyalahkan, dan aib yang berkaitan dengan SOGIE seseorang boleh mengakibatkan transfobia, homofobia, dan bifobia terbatin. Hal ini termasuklah reaksi secara sedar atau tidak terhadap sikap negatif luaran terhadap kepelbagaian SOGIE.

Kajian oleh Justice for Sisters mendapati beberapa wanita trans percaya bahawa mereka memang sepatutnya menerima penganiayaan dan diskriminasi yang mereka hadapi. Menyerap sikap dan kepercayaan masyarakat sekeliling mereka, golongan LGBTIQ+ mengambil jalan untuk memendam atau mengubah SOGIE mereka untuk berasimilasi dengan masyarakat yang lebih luas.

Kurang sistem sokongan yang mengesahkan LGBTIQ

Tinjauan dan kajian menunjukkan bahawa golongan LGBTIQ di Malaysia mempunyai akses yang berbeza terhadap sistem sokongan yang memberikan kesahan. Satu tinjauan pada tahun 2021 menunjukkan 18 responden LGBTIQ (8.2%) daripada 220 menyatakan bahawa mereka tidak mempunyai akses kepada sokongan. Sementara itu, 27 (12.3%) responden menyatakan sokongan mereka yang sedia ada tidak mencukupi.

71.4% responden mengenal pasti rakan mereka sebagai sebahagian daripada sistem sokongan. Bagi 32.3% dari responden tinjauan pula, ahli keluarga adalah sebahagian daripada sistem sokongan mereka.

Tinjauan JFS tentang amalan pengubahan mengenal pasti ahli keluarga, institusi agama, dan sekolah sebagai pihak dan lingkungan sosial di mana golongan LGBTIQ berdepan dengan tekanan yang lebih tinggi untuk mengubah SOGIE mereka. 70.2% daripada 121 responden LGBTIQ melaporkan mereka ditekan dan/atau menjadi mangsa untuk mengubah SOGIE mereka oleh ahli keluarga; dan 23.1% melaporkan pengalaman yang sama oleh orang beragama dalam komuniti mereka. Sementara itu, 22 daripada 156 responden (14.1%) melaporkan mereka dihantar secara paksa untuk perkhidmatan mengubah SOGIE oleh ahli keluarga.

Kajian oleh APTN mendapati 8 daripada 13 (62%) responden trans melaporkan ibu bapa atau susuk keibubapaan cuba untuk mengubah orientasi seksual dan identiti gender mereka.

Laporan Kebebasan Berekspresi dan Wanita Transgender di Malaysia mendapati bahawa penerimaan keluarga adalah satu perjalanan yang berliku-liku untuk kebanyakan wanita trans. Bagi sesetengah dari mereka, penentangan terhadap identiti gender mereka yang pada awalnya kuat kini semakin surut, apabila ahli keluarga perlahan-lahan berdamai dengan identiti gender ahli keluarga trans mereka. Faktor-faktor yang menyumbang kepada penerimaan termasuklah kegigihan dalam menyatakan identiti gender mereka, keupayaan untuk hidup berdikari; mendapatkan pekerjaan tetap; sistem sokongan yang teguh; serta bertemu pasangan dan teman hidup. Pada masa yang sama, sesetengah dari mereka hanya mempunyai seorang penyokong dalam sistem sokongan mereka. Kehilangan seseorang ini boleh mengakibatkan kesan yang mendalam kepada kehidupan mereka.

Laporan menunjukkan para pelajar telah menjadi sasaran berdasarkan ekspresi gender mereka untuk program ‘pemulihan’. Sebagai contoh, pelajar-pelajar gender pelbagai telah dijadikan sasaran sebagai peserta untuk program pembetulan ‘kesedaran gender’ oleh unit kaunseling di Sabah. Program tersebut telah diterbitkan dalam buku tahunan sekolah pada tahun 2017, namun mendapat perhatian umum apabila dilaporkan dalam media pada tahun 2019.

Dokumentasi menunjukkan golongan muda menemui kesukaran untuk mengekspresikan diri mereka dalam pelbagai ruang. Sebuah laporan menunjukkan 7 daripada 9 anak muda LGBTIQ di Malaysia melaporkan bahawa mereka menghadapi cabaran dalam mengekspresikan diri mereka, terutamanya di rumah, sekolah, dan ruang awam. Seorang pelajar queer yang terlibat dalam ‘campur tangan agama’ oleh seorang guru di sekolah tidak dapat mencari sokongan dari kaunselor sekolah dan ibu bapa. Ibu bapa mereka menyalahkan pelajar tersebut, manakala kaunselor tidak menawarkan sebarang sokongan. Kekurangan sistem sokongan di rumah dan sekolah, warga pendidik dan kurikulum yang mendiskriminasi, antara yang lain, terus bersifat mengasingkan dan bertindak sebagai halangan untuk mengekspresikan diri dan identiti mereka.

Kajian SUHAKAM mendapati bahawa sistem pendidikan kekurangan mekanisme tuntutan keadilan yang diyakini dan dipercayai oleh kanak-kanak transgender, untuk membincangkan cabaran unik yang dihadapi mereka.

Golongan LGBTIQ+ mengalami perasaan yang kuat tentang konflik identiti mereka tanpa sokongan yang memberi kesahan dan suri teladan yang sihat. Penerimaan komuniti dan sokongan secara umumnya berkait rapat dengan kesejahteraan yang lebih baik dan telah dihubungkan dengan pengurangan gejala kemurungan serta pembentukan idea untuk bunuh diri. 

Penjenayahan dan diskriminasi terhadap golongan LGBTQ+
Golongan LGBTQ+ mengambil keputusan untuk mengubah SOGIE mereka bagi melindungi diri mereka dari mengalami diskriminasi dan keganasan lanjut seperti tangkapan atau dikenakan tindakan oleh agensi agama Islam negeri. Baca lebih lanjut di sini.

Siapa Yang Menyediakan & Mempromosi Amalan Pengubahan LGBT Di Malaysia?

Di Malaysia, amalan pengubahan disediakan oleh pihak kerajaan dan badan bukan kerajaan yang menggunakan gabungan kaedah berdasarkan perubatan, kerohanian, dan psikoterapi. Perkhidmatan yang ditawarkan oleh pihak kerajaan dan badan bukan kerajaan mungkin berkait antara satu sama lain.

Kerajaan

Kerajaan Malaysia menjalankan program ‘pemulihan’ di peringkat kebangsaan dan negeri melalui kementerian seperti Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Jabatan Agama Islam setiap negeri, dan Kementerian Kesihatan.

Program-program kerajaan yang diselia oleh Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) dan JAKIM mempunyai 4 komponen

  • 1. Pelaksanaan program sokongan dan bimbingan
    1. Hal ini termasuk program Mukhayyam oleh JAKIM dengan kerjasama majlis dan jabatan agama Islam negeri, serta Kementerian Kesihatan dengan niat untuk memulihkan golongan LGBTQ. Dalam Pelan Strategik Kebangsaan bagi Menghapuskan AIDS 2016-2023, program ini bertujuan untuk membimbing dan memberi ‘kesedaran kerohanian’ serta meningkatkan pengetahuan dan kesedaran HIV dalam kalangan golongan LGBTQ. Sejak diperkenalkan pada tahun 2011, pihak kerajaan mendakwa bahawa program-program tersebut telah disertai oleh 1,769 individu.

      Kajian dan dokumentasi Justice For Sisters mengenal pasti teknik-teknik berikut yang digunakan dalam program Mukhayyam:
      • Taktik untuk mencetuskan rasa bersalah dalam diri: Testimoni tentang amalan dalam program Mukhayyam termasuk penggunaan yang dilaporkan yang menyebabkan rasa takut dan salah diri, begitu juga menegakkan tanggapan tentang dosa, esensialisme dan binari gender. 
      • Pengukuhan ‘ideologi gender’: Kem-kem ini juga memaksa peserta untuk menyertai aktiviti fizikal yang berat, ditujukan terutamanya kepada wanita trans untuk menjadikan mereka lebih ‘maskulin’. Sebagai contoh, salah satu kem menghendaki para peserta untuk merentas desa, mendaki, menyeberangi tasik, dan berlari menerusi lumpur – semuanya pada hari pertama, mengejutkan ramai peserta yang tidak bersedia untuk berpakaian sesuai dengan aktiviti-aktiviti lasak, dan mengakibatkan kecederaan ringan dialami oleh sesetengah peserta.
    • Penipuan dan pelanggaran privasi: Melati, seorang wanita trans, berkongsi pengalamannya sebagai peserta sebuah kem Mukhayyam di Kuantan, yang diadakan dengan kerjasama JAKIM dan Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) pada Mac 2014, di mana beliau mendapati kem tersebut menyimpang dari objektif asalnya iaitu sebagai program untuk menyantuni. Kem tersebut telah dijenamakan semula sebagai ‘islah mukhayyam’, yang secara kasarnya bermaksud ‘kem reformasi’.’ 

     

    Selain dari program Mukhayyam, program lain-lain termasuk

    • Program susulan dan sokongan, termasuk program keagamaan dan kerohanian yang diadakan secara bulanan, kelas mengaji al-Quran, dan sokongan permulaan untuk modal perniagaan. Sebagai contoh, 525 peserta yang menyertai program Mukhayyam telah menerima bantuan kewangan melalui Tabung Musa’adah COVID-19 oleh JAKIM.

    • Di bawah Bahagian Pemulihan Al-Riqab, yang ditubuhkan pada pada 2012, Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) menjalankan aktiviti berkaitan LGBT. MAIS mendefinisikan golongan Al-Riqab sebagai ‘seseorang yang dibelenggu di bawah suatu kekuasaan atau keadaan yang menjadi penghalang baginya untuk hidup dengan lebih baik. Dibelenggu dengan gaya hidup songsang seperti pelacur, lesbian, homoseksual, wanita trans atau transeksual, biseksual, pengkid, tomboy, gigolo dan orang Islam yang bersekedudukan dengan orang bukan Islam’. Bahagian tersebut menjalankan tiga pusat perlindungan bagi tujuan pemulihan dan rawatan untuk golongan LGBT yang dibuang, tiada tempat berlindung atau pendapatan, atau memerlukan penjagaan HIV. Pusat perlindungan tersebut menyediakan kelas bimbingan agama setiap minggu dan program pemulihan. Golongan LGBT di bawah program ini diberi bantuan kewangan untuk berpindah, bantuan perubatan, dan modal untuk memulakan perniagaan. Menurut MAIS, sehingga tahun 2019, 497 individu LGBT telah ‘balik ke pangkal jalan’ menerusi bantuan dana tersebut.

     

    Program dan seminar lain yang dibiayai oleh pihak kerajaan telah menyasarkan pelajar, kaunselor sekolah, ibu bapa, sukarelawan, pegawai kesihatan, dan wakil-wakil badan bukan kerajaan (NGO) Islam. Program-program ini menggalakkan orang ramai untuk mengelak dari melakukan ‘perlakuan LGBT’, serta menggalakkan orang lain untuk mengenal pasti dan membendung ‘tingkah laku LGBT’ dalam keluarga, lingkungan sosial dan tempat kerja mereka.

  • 2. Penubuhan ‘task force’ dan pelan tindakan untuk mengatasi isu LGBT

    Satu ‘task force’ untuk menangani isu LGBT telah ditubuhkan untuk menyokong pelaksanaan Pelan Tindakan Sosial Islam, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (PTSI JAKIM) 2019-2025, bertujuan untuk menangani gejala sosial di kalangan umat Islam di Malaysia, termasuk golongan LGBT.

    Pelan tindakan lima tahun, Pelan Tindakan Menangani Gejala Sosial Perlakuan LGBT 2017-2021 telah diwujudkan untuk mengekang tingkah laku LGBT secara proaktif dan efektif.

  • 3. Penubuhan perkhidmatan sokongan

    KSKCareCenter, Pusat Khidmat Keluarga, Sosial dan Komuniti oleh JAKIM di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya, menawarkan kaunseling Shariah, terapi psikospiritual Islamik dan Ilaj Syarie (rawatan Islam) secara percuma.

  • 4. Pembangunan bahan rujukan

    JAKIM secara konsisten menghasilkan bahan rujukan yang bertujuan untuk menekan SOGIESC dan mempromosikan matlamat mereka untuk memulihkan golongan LGBTIQ

Garis Panduan Pengendalian Masalah Kesihatan Gender di Klinik Kesihatan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menetapkan patologi dan perubatan golongan LGBTQ dan identiti mereka yang terjadi disebabkan konflik dengan keluarga, keganasan seksual lampau, dan tingkah laku agresif yang dialami mereka. Garis panduan tersebut mencadangkan remaja dengan ‘isu gender’ untuk menjalani pemeriksaan fizikal, termasuk pemeriksaan alat kelamin dan rekod sejarah seksual, serta ujian perubatan untuk memeriksa keadaan kelenjar pituitari.

Bukan Kerajaan

Amalan pengubahan yang ditawarkan oleh pihak bukan kerajaan dilakukan dalam pelbagai bentuk. Amalan pengubahan bukan kerajaan ini disahkan oleh pandangan kerajaan terhadap amalan pengubahan, yang boleh dikategorikan ke dalam kategori berikut:

  • Penyedia penjagaan kesihatan

    Kajian SUHAKAM mendapati bahawa 18% responden trans dan interseks melaporkan bahawa semasa mengakses perkhidmatan penjagaan kesihatan, pakar penjagaan kesihatan mencadangkan amalan keagamaan atau terapi dalam bentuk lain untuk ‘menyembuhkan’ identiti gender mereka. Kajian yang sama juga mendapati bahawa 15% responden telah dihantar secara paksa untuk berjumpa pakar kesihatan mental tentang SOGIE mereka dan 9% dipaksa untuk berunding dengan penguat kuasa agama. Bukti anekdot dan laporan Galen Centre menunjukkan bahawa ramai individu LGBTIQ telah dirujuk atau menjadi mangsa kepada pengamal penjagaan kesihatan mental yang menawarkan amalan pengubahan apabila mendapatkan perkhidmatan. Namun begitu, kes-kes tersebut kurang dilaporkan.

  • Amalan berdasarkan keagamaan dan kerohanian

    Kajian APTN mendapati 31% daripada 14 responden trans menyatakan bahawa mereka telah menjadi mangsa amalan pengubahan sama ada oleh pihak berkuasa agama atau institusi keagamaan. Kajian SUHAKAM mendapati 18% responden trans dan interseks secara sukarela mendapatkan bantuan dari pihak berkuasa agama untuk berkongsi isu peribadi mereka, bertanya soalan berkenaan identiti gender mereka, belajar agama, dan mendapatkan nasihat dari orang beragama. 

    Pusat perubatan Islam, sebahagian dari entiti amalan penyembuhan kerohanian Islam yang semakin berkembang, menawarkan rawatan pemulihan untuk ‘menyembuhkan’ golongan LGBT. Sebagai contoh, Pusat Rawatan Islam Manarah telah menerbitkan butiran 5 peringkat rawatannya, yang melibatkan kaunseling untuk merangka semula pemikiran seseorang untuk percaya bahawa pasangan romantik mereka adalah syaitan atau seorang musuh, melakukan doa/sembahyang untuk bertaubat, atau refleksologi Islam untuk ‘mengusir syaitan keluar dari badan seseorang’.

  • Pendakwah bekas gay, kumpulan bekas LGBT atau komuniti hijrah

    Kumpulan-kumpulan yang dibentuk oleh bekas golongan LGBTQ+ yang menyamar untuk ‘membantu’ individu mengharungi diskriminasi berkenaan SOGIE dengan memujuk mereka untuk mengamalkan pembujangan, atau untuk berjanji temu atau berkahwin dengan orang yang berlainan jantina. Seorang paderi yang sebelum ini mengenali dirinya sebagai trans dari Real Love Ministry, sebuah badan dakwah bekas LGBTQ menerangkan orientasi seksual sebagai ‘gaya hidup’ seksual yang boleh bertukar dan diubah suai serta mendakwa bahawa dengan penerimaan Kristus Jesus adalah satu penawar.

  • Ahli akademik

    Terdapat ahli akademik dan kumpulan yang menyokong amalan pengubahan sebagai ubat dan hak. Ahli-ahli akademik yang kurang kelayakan dan kepakaran yang berkaitan menerbitkan kertas kerja yang menyokong penggunaan kaunseling dan terapi keagamaan untuk menyembuhkan golongan LGBTIQ+.

Garis Masa Aktiviti Yang Didanai Pihak Kerajaan

2011-2018

Menteri dan Timbalan Menteri Hal Ehwal Agama: Jamir Khir Baharom (UMNO), dan: Senator Dr Mashitah Ibrahim (UMNO), Senator Dr Asyraf Wajdi Dusuki (UMNO)

Dr Mashitah berkongsi di Parlimen bahawa kerajaan mengambil dua pendekatan dalam menangani isu-isu LGBT: penguatkuasaan undang-undang dan pencegahan.

Aktiviti-aktiviti yang dijalankan oleh kerajaan termasuk:

  • Menyokong dan menyebarkan Deklarasi Kaherah tentang hak asasi manusia Islam yang menentang golongan LGBT.
  • Meningkatkan kesedaran fatwa melalui acara-acara pendidikan dan penerbitan.
  • Membangunkan modul LGBT mak nyah yang memuatkan maklumat berkaitan kesihatan.
  • Melatih sukarelawan khidmat masyarakat.
  • Menganjurkan program Mukhayyam sebanyak 3 kali pada tahun 2011 dengan 74 peserta mak nyah. Program tersebut merangkumi pengisian fizikal dan rohani, serta peluang pekerjaan dengan kerjasama NGO.
  • Meningkatkan kesedaran di kalangan NGO dan masyarakat awam melalui platform media sosial untuk meningkatkan pendidikan dan usaha untuk menangani isu tersebut.
  • Program tarbiah dan dakwah dalam kalangan umat Islam melalui program KAFA untuk memupuk pemahaman Islam pada usia yang muda.
  • Program Jelajah BEST! bersama orang muda dengan fokus kepada penyebaran HIV, terutama melalui hubungan sama jantina
  • Program Illaj Wa Syifa (pemulihan dan rawatan) bagi orang Islam yang tidak terkawal atau tersesat.
  • Pelan tindakan 5 tahun – Pelan Tindakan Menangani Gejala Sosial (Perlakuan LGBT) 2017-2021.

2018-2020

Menteri dan Timbalan Menteri Hal Ehwal Agama: Mujahid Yusof Rawa (Amanah) dan Fuziah Salleh (PKR)

Berpandukan dasar Rahmatan lil alamin, Kementerian tersebut mengambil pendekatan pemulihan berbanding hukuman dalam menangani isu-isu LGBT. Terdapat tumpuan untuk menyingkirkan golongan LGBT dari pekerjaan seks untuk menghalang mereka daripada gejala sosial.

Aktiviti dari kerajaan sebelum ini diteruskan, termasuk:

  • Program Illaj Wa Syifa, rawatan dan pemulihan secara sukarela. 
  • Program Mukhayyam.
  • Seminar dan program yang menyasarkan pelajar, kaunselor sekolah, ibu bapa, sukarelawan, pegawai kesihatan, dan wakil-wakil NGO Islam.
  • Penerbitan.

2019-2020

Menteri dan Timbalan Menteri Hal Ehwal Agama: Senator Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri (tiada parti) dan Ahmad Marzuk (PAS)

Di bawah kerajaan ini, menteri tersebut membuat kenyataan untuk menangkap dan memulihkan wanita trans. Aktiviti-aktiviti dari kerajaan sebelum ini diteruskan.

2020-2022

Menteri dan Timbalan Menteri Hal Ehwal Agama: Senator Idris Ahmad (PAS) dan Ahmad Marzuk (PAS)

Kementerian pimpinan PAS berhasrat untuk menjadi lebih tegas dalam isu-isu LGBTQ melalui pengenalan dan pindaan undang-undang, termasuk Akta 355. Ini selaras dengan kritikan dan ketidakpuasan hati PAS terhadap Mujahid dan yang lain dalam kerajaan PH yang dilihat bersikap lembut terhadap isu-isu LGBT.

Aktiviti-aktiviti dari kerajaan sebelum ini diteruskan, dengan sebahagiannya dipindahkan platform secara dalam talian disebabkan oleh COVID-19. Beberapa aktiviti diperluaskan sebagai aktiviti serantau, seperti Khemah Ibadah Nusantara Bersama Komuniti LGBT. Kementerian tersebut juga melancarkan sebuah modul untuk bekas golongan lesbian dan gay.

Adakah Wujud Sebarang Perlindungan Bagi Golongan LGBTIQ+ Yang Menjalani Amalan Pengubahan?

Di Malaysia, perlindungan hak asasi manusia asas termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan. Hak-hak ini termasuk kesetaraan dan tiada diskriminasi terhadap warganegara berdasarkan gender, agama, dan bangsa. Selama bertahun-tahun, golongan LGBTQ telah menggunakan Perlembagaan Persekutuan untuk mencabar penjenayahan atau mencari, menegaskan, dan menuntut semula hak mereka.

Walaupun banyak undang-undang mendiskriminasi dan bergender, sesetengahnya adalah neutral gender dan melindungi dari pelanggaran hak asasi manusia secara meluas. Sebahagian dari undang-undang berikut, sebagai contoh, boleh digunakan untuk mendapatkan beberapa perlindungan dan tuntutan keadilan terhadap amalan pengubahan dan amalan tidak beretika:

  • Akta Keganasan Rumah Tangga (1994) dan Akta Kanak-Kanak (2001) boleh digunakan untuk memberi perlindungan kepada individu yang terjejas dan meletakkan ahli keluarga dan penjaga untuk bertanggungjawab terhadap amalan pengubahan.

  • Akta Kaunselor 1998 dan Akta Profesion Kesihatan Bersekutu 2016 boleh digunakan untuk menuntut keadlian dalam kes-kes amalan pengubahan dan perkhidmatan tidak beretika oleh kaunselor dan ahli psikologi klinikal.

  • Seksyen yang berikut dalam Kanun Keseksaan (Akta 574) boleh digunakan dalam kes-kes amalan pengubahan yang menyebabkan kecederaan, pengurungan, kekerasan jenayah dan serangan.
    • Seksyen 319 Cedera
    • Seksyen 320 Cedera parah
    • Seksyen 321 Dengan sengaja menyebabkan cedera 
    • Seksyen 322 Dengan sengaja menyebabkan cedera parah
    • Seksyen 339 Halangan salah
    • Seksyen 340 Pengurungan salah
    • Seksyen 343 Pengurungan salah selama tiga hari atau lebih
    • Seksyen 344 Pengurungan salah selama sepuluh hari atau lebih
    • Seksyen 351 Serangan

Mungkin tidak disertakan

Cedera
319. Barang siapa menyebabkan kesakitan, penyakit atau kelemahan tubuh kepada seseorang adalah dikata menyebabkan cedera.

Cedera parah
320. Hanya jenis-jenis cedera yang berikut sahaja dinamakan ‘parah’:

  • (a)  hilang tenaga kelakian,
  • (b)  Hilang selama-lamanya penglihatan salah satu mata,
  • (c)  Hilang selama-lamanya pendengaran salah satu telinga,
  • (d)  Hilang sesuatu anggota atau sendi,
  • (e)  Binasa atau lemah selama-lamanya daya sesuatu anggota atau sendi,
  • (f)  Cacat selama-lamanya kepala atau muka,
  • (g)  Patah atau retak tulang atau selisih sendi,
  • (h)  Apa-apa cedera yang membahayakan nyawa atau yang menyebabkan orang yang tercedera itu menderita kesakitan tubuh yang amat sangat, atau tidak boleh menjalankan pekerjaannya yang biasa selama dua puluh hari

Dengan sengaja menyebabkan cedera

  1. Barang siapa melakukan apa-apa perbuatan dengan niat dengan jalan demikian itu hendak menyebabkan cedera kepada seseorang, atau dengan mengetahui bahawa ia mungkin dengan jalan demikian itu menyebabkan cedera kepada seseorang adalah dikatakan ‘dengan sengaja menyebabkan cedera’.

Dengan sengaja menyebabkan cedera parah

  1. Barang siapa dengan sengaja menyebabkan, cedera, jika cedera yang ia bermaksud hendak menyebabkan atau ketahui mungkin menyebabkan itu ialah cedera parah, dan jika cedera yang ia sebabkan itu ialah cedera parah, adalah dikatakan ‘dengan sengaja menyebabkan cedera parah’.

Seksaan kerana dengan sengaja menyebabkan cedera

  1. Barang siapa, kecuali dalam hal yang diperuntukkan oleh seksyen 334 (​​Dengan sengaja menyebabkan cedera atas bangkitan-marah), dengan sengaja menyebabkan cedera, hendaklah diseksa dengan penjara selama tempoh yang boleh sampai setahun, atau dengan denda yang boleh sampai dua ribu ringgit, atau dengan kedua-duanya.

Seksaan kerana dengan sengaja menyebabkan cedera parah

  1. Barang siapa, kecuali dalam hal yang diperuntukkan oleh seksyen 335, dengan sengaja menyebabkan cedera parah, hendaklah diseksa dengan penjara selama tempoh yang boleh sampai tujuh tahun, dan bolehlah juga dikenakan denda.

Halangan salah

  1. Barang siapa dengan sengaja menggalang seseorang bagi menahan orang itu daripada pergi ke arah mana-mana yang orang itu berhak pergi, adalah dikatakan menghalang orang itu dengan salah.

Seksaan bagi halangan salah

  1. Barang siapa menghalang seseorang dengan salah hendaklah diseksa dengan penjara selama tempoh yang boleh sampai sebulan, atau dengan denda yang boleh sampai seribu ringgit, atau dengan kedua-duanya.

Pengurungan salah

  1. Barang siapa menghalang dengan salah seseorang secara yang menahan orang itu keluar dari sesuatu had yang terlingkung, adalah dikatakan ‘mengurung dengan salah’ orang itu.

Seksaan bagi pengurungan salah

  1. Barang siapa mengurung seseorang dengan salah hendaklah diseksa dengan penjara selama tempoh yang boleh sampai setahun, atau dengan denda yang boleh sampai dua ribu ringgit, atau dengan kedua-duanya.

Pengurungan salah selama tiga hari atau lebih

  1. Barang siapa mengurung seseorang dengan salah selama tiga hari atau lebih, hendaklah diseksa dengan penjara selama tempoh yang boleh sampai dua tahun, atau dengan denda, atau dengan kedua-duanya.

Pengurungan salah selama sepuluh hari atau lebih

  1. Barang siapa mengurung seseorang dengan salah selama sepuluh hari atau lebih, hendaklah diseksa dengan penjara selama tempoh yang boleh sampai tiga tahun, dan bolehlah juga dikenakan denda.

Serangan

351. Barang siapa membuat apa-apa isyarat atau apa-apa persiapan, dengan maksud atau dengan mengetahui mungkin bahawa isyarat atau persiapan itu akan menyebabkan seseorang yang hadir memahamkan bahawa ia yang membuat isyarat atau persiapan itu hampir hendak menggunakan kekerasan jenayah kepada orang itu, adalah dikata melakukan suatu serangan.

Seterusnya > Kisah