Balik Ke Pangkal Jalan

‘Balik ke pangkal jalan’ ialah satu ungkapan yang sering digunakan di Malaysia yang bermaksud ‘kembali ke jalan yang “benar”’ atau ‘pulang ke jalan “keinsafan”’. Ungkapan ini seringkali dikaitkan dengan amalan dan terapi pengubahan—kaedah yang digunakan untuk mengubah mereka yang lesbian, gay, dan biseksual kepada heteroseksual, serta trans dan gender pelbagai (gender-diverse) kepada cisgender.

Kami menuntut semula dan mendefinisikan semula ungkapan ‘balik ke pangkal jalan’ sebagai sebuah panduan ke arah penerimaan dan penyertaan.

Laporan

‘Hidden Behind the Right Path: Untangling Malaysia’s “soft approach” to LGBTQ rehabilitation’ memberikan sebuah gambaran keseluruhan terhadap amalan-amalan pengubahan di Malaysia — termasuklah pihak yang menyediakannya, dan kesannya terhadap golongan LGBTQ dan yang lain. Laporan tersebut juga mengenal pasti undang-undang yang boleh digunakan oleh golongan LGBTIQ yang telah melalui amalan-amalan pengubahan serta cadangan-cadangan kepada kerajaan untuk melindungi kesejahteraan golongan LGBTIQ.

Situasi di Malaysia

Ketahui amalan-amalan pengubahan yang dijalankan oleh kerajaan dan badan bukan kerajaan di Malaysia.

Rujukan

Fahami amalan-amalan pengubahan di Malaysia melalui laporan, artikel berita, kisah, dan audio siar.

Kumar, lelaki trans

“Apabila keputusan keluar, dia berkata bahawa markah ujian MBTI saya menunjukkan bahawa saya lebih kepada “Feeling” (F) berbanding “Thinking” (T), walaupun sebagai seorang lelaki. Dia berkata yang keputusan itu bermaksud saya tidak mempunyai hormon yang cukup, kerana adalah tidak normal bagi lelaki untuk mempunyai perasaan atau mengamati. Ini adalah persepsi yang salah, memudaratkan, dan toksik terhadap maskuliniti. Adalah normal untuk lelaki menjadi beremosi.’

Sila klik untuk kajian kes & kisah-kisah lain

Debbie, seorang queer

‘Cikgu tersebut, seorang Kristian dan sangat warak dari segala bentuk, memanggil dan meminta bantuan saya. Saya berkata, “Baiklah,” dan mengikuti cikgu tersebut. Dia membawa saya ke sebuah bilik darjah yang kosong. Dia mengunci pintu, dan menutup lampu. Dalam fikiran saya, saya bertanya kepada diri sendiri, “Apa yang dia sedang lakukan?”

Sila klik untuk kajian kes & kisah-kisah lain

Jamie, wanita trans

Penyingkiran dan penderaan lisan seperti kata-kata cacian sering kali membuatkan beliau berasa seperti telah memberi aib kepada keluarga, terutamanya terhadap ibu bapa beliau. Ibunya akan berkata, “Kamu tidak akan pernah ada sebarang nilai walau sesen pun.”

Sila klik untuk kajian kes & kisah-kisah lain

Sonia, wanita trans

‘Berubahlah, jangan menjadi wanita. Kalau tidak, mereka akan tangkap dan masukkan kamu ke dalam penjara.’

Sila klik untuk kajian kes & kisah-kisah lain